Persembahan Otai Rock sempena Karnival Penang Harmoni di Tapak Ekspo Seberang Jaya

Sunday, February 19, 2012

Pakej studio percuma di sabriphotography

Promosi tahun 2012 kepada pra pengantin baru yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari sabriphotography akan menikmati pakej percuma sessi foto di studio.

Inilah peluang yang harus direbut oleh semua pelanggan yang inginkan hari bahagia mereka dingati selalu  Untuk tempahan sila hubungi 019 4461717 segera.

Monday, February 13, 2012

Majlis perkahwinan Ahmad Saiful Islam & Sharifah Aqilah di Guar Petai, Tasek Gelugor pada 11hb, Februari 2012

Syabas....!! Ahmad Saiful Islam dan pasanganya, Sharifah Aqilah kerana sudah bergelar suami isteri.  Ramai sungguh hadirin yang datang ke rumah kendurinya di Kampung Guar Petai, Tasek Gelugor baru-baru ini.

Selain hadirin turun menyerikan majlis tersebut ialah acara silat, konvoi bermotor serta semangat gotong royong memasak dan menyembelih 7 ekor lembu.

Monday, January 30, 2012

Ramainya pulang ke kampung.

Punya banyak kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan sekarang ini.  Mungkin bergegas balik kampung setelah berbulan-bulan tidak menjenggah keindahan pemandangan serta kerinduan pada angin sepoi-sepoi bahawa yang menyapa di muka.

Ketika memandu awasilah meter kenderaan selalu di samping cermin sisi moga-moga kepulangan kalian tidak disambut dengan sebak atau sedu sedan menangisi kepergian anda buat selama-lamanya

Hasil pengambaran yang diterjemahkan dalam album De Pauh Garden.

Semua dah siap album yang menyaksikan pembukaan secara rasminya Restoran De Pauh Garden di Jalan Permatang Pauh.  Semoga berjaya semuanya...........

Wednesday, January 11, 2012

Pembukaan rasmi Restoran De Pauh Garden cukup indah dan menyejukkan .

Setelah berhenti secara suka rela dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) beliau memulakan perniagaan kulit lembu di Kubang Semang dan terkini melebarkan sayap urusniaga ke bidang pemakanan dengan membuka sebuah Restoran De Pauh Garden iaitu restoran bertemakan suasana taman.

Mohd Rodzi dan isterinya,, Puan  Marzita Abu Bakar berjaya membuka Restoran De Pauh Garden
di atas tanah milik MPSP seluas 1.2 ekar di Jalan Permatang Pauh berhadapan dengan Politeknik Seberang Perai.

Matlamat pernubuhan Restoran De Pauh Garden itu adalah selain menunaikan fardhu kifayah sebagai restoran 24 jam yang menyediakan berbagai hidangan istimewa beliau juga bertekad membantu para remaja dengan memberikan mereka peluang pekerjaan di situ.