Sungguh seronok shooting dengan pasangan Nurul dan Ismail sekitar Nyiur Sebatang dan Kampung Labuh Banting, Tasek Gelugor. Suasana nyaman dengan pemandangan sawah padi yang sedang membunting menyemarakan lagi perasaan pasangan pengantin untuk terus menimba pengalaman.
Apatah lagi di pelantar nelayan sungai di Kampung Lahuh Banting yang menjadi langkah pertama para nelayan pantai memulakan tugasan mereka mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga.
Angin sepoi-sepoi bahasa menyejukan lagi keadaan pasangan berkenaan tambahan lagi sang mentari sedang melambaikan cahaya untuk hari ini kerana keesokan pasti datang lagi dengan cahaya baru selari tugas yang diarahkan oleh Allah s.w.t























0 comments:
Post a Comment