Persembahan Otai Rock sempena Karnival Penang Harmoni di Tapak Ekspo Seberang Jaya

Sunday, December 11, 2011

Majlis perkahwinan Raadhiah dan Mohd Hazriel di Dewan Perda, Bandar Perda pada 11 Disember 2011

Raadhiah dan Mohd Hazriel berkahwin di hotel mewah?... Tentu rakan taulanya tertanya-tanya apakah 'betul' Raadhiah ni berlainan dengan apa yang tercetak di kad jemputanya.

Raadhiah dan Mohd Hazriel dah mula pandai berjenaka ketika sessi fotografi walaupun pada mulanya nampak malu-malu berbuat demikian.  Namun, untuk mendapatkan hasil gambar yang cantik semua urusan hari itu berjalan dengan lancar. Mujur sempat semuanya sebab selepas sahaja lima minit pengambaran hujan turun dengan lebatnya.

Ramai yang terpegun melihat Raadhiah dan Mohd Hazriel bergandingan duduk di singgahsana persandingan di samping diapit oleh sang teruna dan gadis yang sungguh kacak dan jelita.

Semua itu sudah berlalu, kini bagi pasangan tersebut hari mendatang akan dihadapi dengan penuh kesabaran, pemikiran yang matang, perbuatan yang releven serta bercakap yang harmoni barulah kerukunan rumah tangga terjaga dengan selamatnya.

Apa pun ingat pesanan Tok Khadi jangan tinggalkan sembahyang kerana perbuatan itu memperkukuhkan keimanan.

0 comments: