Persembahan Otai Rock sempena Karnival Penang Harmoni di Tapak Ekspo Seberang Jaya

Wednesday, January 11, 2012

Pembukaan rasmi Restoran De Pauh Garden cukup indah dan menyejukkan .

Setelah berhenti secara suka rela dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) beliau memulakan perniagaan kulit lembu di Kubang Semang dan terkini melebarkan sayap urusniaga ke bidang pemakanan dengan membuka sebuah Restoran De Pauh Garden iaitu restoran bertemakan suasana taman.

Mohd Rodzi dan isterinya,, Puan  Marzita Abu Bakar berjaya membuka Restoran De Pauh Garden
di atas tanah milik MPSP seluas 1.2 ekar di Jalan Permatang Pauh berhadapan dengan Politeknik Seberang Perai.

Matlamat pernubuhan Restoran De Pauh Garden itu adalah selain menunaikan fardhu kifayah sebagai restoran 24 jam yang menyediakan berbagai hidangan istimewa beliau juga bertekad membantu para remaja dengan memberikan mereka peluang pekerjaan di situ.









0 comments: