Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Dinner Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di Safira, Seberang Jaya

  • Sunday, April 29, 2012
  • Sabri Photography
  • Labels:
  • Kasih berputih di Merbau Kudung. Hanya kenangan penambat jiwa. Khas buat perantau...

  • Friday, April 27, 2012
  • Sabri Photography
  • Labels:
  • Kenangan yang cukup mengusik jiwa kepada perantau sekiranya terbayangkan fenomena seindah ini 
    di kampung.
    Tentunya 'luka lama berdarah kembali' jikalau diamati betul-betul.  Di kala inilah juga kasih berputik, mula timbul perasaan sayang dan sebagainya.  Walaupun ianya hanya kenangan namun ia tetap terpahat sebagai sebuah sejarah yang sukar dipadam.

    Seminar Perubatan Islam Zon Utara 2012 di MPC, Kepala Batas

  • Sabri Photography
  • Labels:
  • Persatuan Pengamal Perubatan Ibnu Sina (Papista), Persatuan Anggota Hospital Seberang Jaya dan Unit Hal Ehwal Islam Hospital Pulau Pinang bergabung tenaga mengadakan Seminar Perubatan Islam Zon Utara 2012 yang diadakan di Dewan Utama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)..

    Program yang dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Haji Lailanor Haji Ibrahim menampilkan Dr Abdul Basit Abdul Rahman dengan kertas kerjanya bertajuk 'Perlaksanaan Fiqh Taksir Dalam Perubatan'.dan 'Fatwa Terkini Dalam Perubatan'

    Selain itu, 'Ilmu Ladunni, Ilmu Pengasih dan Ilmu Pembenci-Khayalan Atau Realiti Serta Bolehkan Dipelajari' dan 'Mengenali Tumbuhan dan Herba Untuk Perubatan' disampaikan oleh Ustaz Ramli Shafei.

    Manakala kertas kerja lain disampaikan oleh Dr Awisul Islah Ghazali dengan tajuk 'Perubatan Moden' dan yang terakhir sebelum majis penutupan giliran Ustaz Fauzi Mustafa dengan kertas kerja ' Jin, Qarin, Bunian dan Saka-Kaitan dan Hubungan Dengan Manusia'.

    Pengarah Hospital Pulau Pinang, Dr Yasmin Sulaiman kelihatan gembira sekali ketika berucap dan berharap ianya dilaksanakan secara berterusan bagi manafaat semua pihak.


    Sekitar majlis Komuniti Bersama Masyarakat Cina di Pekan Bumbung Lima, Kepala Batas

  • Monday, April 16, 2012
  • Sabri Photography
  • Labels:
  • Sambutan terhadap program Komuniti Bersama Masyarakat Cina di Pekan Bumbung Lima, Kepala Batas baru-baru ini begitu menggalakan.  Ramai yang keluar menerima rawatan di samping bantuan kepada golongan yang daif oleh Lajnah Perpaduan Nasional DMPNPP bersama DMPKB.

    Kehadiran yang ramai itu sekaligus membuktikan mereka tidak lagi bimbang terhadap apa juga anggapan sebaliknya bertekad untuk melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni, sejahtera dan bersatu padu pada masa depan.

    Bendang emas 2012

  • Wednesday, April 4, 2012
  • Sabri Photography
  • Labels:
  • Bendang emas jarang sekali berlaku.  Petani bertambah rajin apabila petak sawah mereka dilimpahi air emas yang senantiasa berkocak ketika ditiup angin.